Thursday 2 January 2014

Santai Yang Sentap

Oleh: matlab

[kredit]


“Aku dah kata, benda ni macam main domino!”, bentak Azri kepada rakan serumahnya, Abdul.

“Apa mendenye  yang kau kata? Aku tak pernah ingat apa-apa pun? Yang aku ingat kau ada ajak aku makan Domino Pizza ada lah. Hehe”, Abdul masih kabur.

“Cuba kau tengok balik apa yang berlaku; start dari yang dulu-dulu. Benda ni berlaku kat aku la, tapi serius, aku rasa terkesan sangat.  Dulu ada orang cakap, “Kita mesti sentiasa ada perancangan yang besar untuk mengharungi hari yang kecil”.

Tapi setiap kali fikir benda tu lah aku rasa macam benda ni tak logic. Awal-awal puasa dulu, orang kata kita kena setkan minda untuk manfaatkan bulan puasa sebaiknya. Tapi aku pulak sebaliknya, ikut je flow and aku tak set apa-apa matlamat. Masa tengah bulan puasa pulak, orang kata “Kena cuba biasakan diri dan azam untuk dapatkan Lailatul Qadr”. Aku pulak rasa, “Buat apa nak kalut bro, tak dapat tahun ni, tahun depan ada lagi”.

Benda ni berterusan aku buat dan perangai rebel aku menjadi-jadi. Sampailah pada penghujung tahun lepas.
Orang kata, “Kena ada azam tahun baru, supaya ada semangat dan kita rasa sentiasa ‘baru’ untuk melakukan sesuatu”.  Macam biasalah, aku buat tak tahu lagi.
Sampailah sekarang, aku rasa menyesal sangat. Aku still tak ada azam tahun baru.

“Bagus juga kau menyesal sekarang Azri, daripada jadi orang yang tidak pernah sedar dari kesilapan diri. Ituka lagi teruk”, celah Abdul untuk menenangkan Azri.

“Pertama, aku menyesal sebab aku tidak pernah punyai matlamat. Yang kedua, aku menyesal sebab aku tidak pernah dengar cakap orang”, sambung Azri dengan sedikit hiba.

“Tidak mengapa Azri, kau masih punya waktu dan masa untuk berubah. Apa yang penting sekarang ialah rasa mahu kau itu. Rasa mahu dan ingin kau itu yang harus di salurkan ke tempat yang betul. Kau bukan hanya patut menyesal dan tidak melakukan apa-apa, tapi kau harus mula berubah dan mencari perubahan”, nasihat Abdul panjang lebar.

“Tapi kau tahu tak Abdul, apa yang paling menyakitkan apabila kita mahu berubah ni?”, tanya Azri sentap, straight to the point.

“Err, erm...”, Abdul tergagap.

“Tak tahu pulak aku. Apa yang kau cuba sampaikan ni?”

“Aku sebagai orang yang ingin berubah, aku tahu la apa yang terjadi!”, Azri mula meninggikan suara.

“Yang paling annoying bila kita nak berubah ni ialah orang-orang sekeliling kita, kau tahu tak? Dulu, aku ni bukanlah orang yang baik sangat. Selalu pakai boxer keliling koridor asrama, pakai short masa main bola, benda tu dah biasa bagi aku. Budak asrama la katakan. Masa tu tak ada pulak orang yang nak tegur aku. Tapi, bila aku rasa insaf dan ingin berubah je, ramai pulak orang yang so-called alim ni datang kat aku dan kata :

“Kau jadi baik pun dosa kau dulu tak hilang la!”
“Nak tunjuk baik la tu berubah depan-depan orang!”
“Muka macam kau memang patut dapat dosa je !”

Agak-agak kau, apa perasaan kau bila ada orang-orang macam tu yang datang bila satu fitrah murni datang dari diri kau mendorong kau untuk berubah. Panas ke tak panas?”

Abdul mula kaku. Terdiam sejenak memikirkan apa jawapan yang akan diberikan.

“Rilex bro, rilex. Aku faham perasaan kau”, dia memecahkan suasana.

 Aku pun pernah jumpa ramai orang yang perangai macam tu. Selalunya orang-orang yang macam inilah yang akan mengganggu proses perubahan seseorang.
Orang-orang macam ni, mereka rasa mereka tu lagi baik dari orang lain. Holier-than-thou Mat Salleh kata. Takpe lah Azri, yang penting, niat suci murni kau untuk berubah tu Allah lihat. Sekalipun tak ada manusia yang tahu, Allah tetap mengerti. Yang penting kau kekalkan niat kau tu dan cari jalan untuk menunaikan hasrat baik tu. Ke guane?”

“Tapi kan Azri, aku pun tertanya-tanya lah apa sebenarnya azam kau untuk kali ni? Dengar tadi macam kau ada matlamat besar je?”

“Entahlah, susah jugak nak cakap ni.
Tapi takpe, aku bagitahu je lah.
Aku nak ada 10 sahabat yang hebat macam kau.”
Eh?

Indah delima ditepi perigi;
Bunganya dipetik dibuat seri;
Tahun baru akan mari;
Takkan nak biar sama lagi?

No comments:

Post a Comment