Tuesday 21 January 2014

Pelancaran Minggu Aishiteru Muhammad!

Assalamu'alaikum. 

Sempena bulan kelahiran Nabi tercinta, Muhammad S.A.W, IYA menjalankan satu program iaitu "AISHITERU MUHAMMAD" (AM)
[Asal dari perkataan Jepun, maknanya 'aku cinta padamu, Muhammad'] 

Salah satu aktiviti dalam program AM adalah Daily Challenge!! 



Ini merupakan satu cabaran kepada para pelajar Islam di Manipal untuk mula beramal dengan sunnah-sunnah baginda Nabi S.A.W. Sunnah-sunnah yang mudah, namun besar manfaatnya insyaAllah!

Ia akan bermula pada hari Rabu ini, dan berakhir Isnin depan. (22/1 - 27/1)

"Jangan kita amalkan sunnah secara bermusim, tetapi semoga bermula musim ini kita mampu istiqamah mengamalkan sunnah."

InsyaAllah, kita sama-sama niatkan segala yang kita lakukan adalah untuk mengikut tunjuk ajar baginda, dan atas rasa cinta kita kepada baginda, moga-moga mendapat ganjaran daripada-Nya dan dapat bersama Baginda S.A.W di dalam syurga. Amin. 

Dan yang penting, kita sama-sama 'check' agar kita menyempurnakan segala yang Wajib ke atas kita, dan kita cantikkannya lagi dengan amalan-amalan Sunat. Moga Allah redha. 






.….….….….….….….….….….….….….….….….….….….….….….….….….….…....................



Abi Shalih bertanya kepada Aisyah dan Ummu Salamah:

"Amal ibadah apakah yang paling disukai oleh Rasulullah? Aisyah dan Ummu Salamah menjawab, "Amal ibadah yang dilakukan berterusan meskipun sedikit. 

(Tirmizi, tarafnya Sahih.)

No comments:

Post a Comment