Thursday 23 January 2014

Aishiteru Muhammad Daily Challenge; Day 3: Bersedekah Dan Memakai Wangian

24 Januari 2014

Aishiteru Muhammad Daily Challenge; Day 3: Bersedekah Dan Memakai Wangian


BERSEDEKAH

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya; Rasulullah bersabda, "Setiap persendian manusia ada sedekahnya, setiap hari di mana matahari terbit di dalamnya, kamu mendamaikan di antara dua orang adalah sedekah, kamu membantu seseorang untuk menaikkannya di atas kenderannya atau mengangkatkan barangnya di atasnya adalah sedekah, kalimah yang baik adalah sedekah, dan kamu membuang gangguan dari jalan adalah sedekah. (HR Bukhari dan Muslim)


Amacam? Boleh menyahut cabaran bersedekah esok? Insha Allah boleh, kerana bersedekah itu tidak hanya dihadkan dari segi material sahaja. Perbuatan-perbuatan kebaikan yang kita lakukan juga boleh dijadikan sedekah. Antaranya,
  •       Melakukan keadilan di antara dua orang. Contohnya, mendamaikan dua orang yang bergaduh , adil dalam perbicaraan di mahkamah  (atau di mana-mana sahaja).
  •       Membantu orang menaiki kenderaan atau mengangkat barang-barang untuknyaContohnya, memberi tempat duduk kepada orang tua, hamil dan sakit.
  •       Percakapan dan perkataan yang baik. Contohnya, berzikir, nasihat, ucapan salam.
  •       Berjalan untuk menunaikan solatContohnya, berjalan kaki ke masjid untuk solat berjemaah.
  •       Membuang perkara yang menyakiti di jalan. Contohnya, membuang  duri, paku (benda tajam ) & mengalihkan  ranting yang menghalang  perjalanan.

Amalan-Amalah sedekah  yang lain :
Setiap amalan yang  memberi manfaat  & keselesaan kepada orang lain yang dilakukan dengan jujur  & ikhlas, seperti memberikan senyuman, mentaati suruhan ibubapa yang tidak bertentangan dengan syarak, dan juga membantu  rakan dalam pelajaran.


[credit]


MEMAKAI WANGIAN

Anas bin Malik berkata, "Dahulu, Rasulullah memiliki tempat menyimpan minyak wangi untuk beliau menggunakannya bagi berwangi-wangian." (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)

Eh, tapi memakai wangi-wangian ini amatlah digalakkan untuk pihak MUSLIMIN je tau!

Yang penting sekali, jaga niat kita, semoga usaha kecil kita ini diredhai Allah, insha Allah :)

May Allah ease, May Alah bless
Let's jom! Let's jom!


p/s Oh, untuk para pelajar MMMC, jangan lupa juga untuk pakai baju warna hijau esok! :D

No comments:

Post a Comment