Wednesday 22 January 2014

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Oleh: Qaasirah Humaira’

Sejak 2 minggu yang lepas, angin monsun bertiup kencang baik di Malaysia, India, Ireland, UK mahupun Australia apabila seorang not-yet Muslimah dengan berani dan bangga tampil berhijab sempurna di khalayak ramai. Yang pasti, pandangan luhur beliau melihat hijab sebagai keselesaan, keselamatan, dan perlindungan telah membuatkan masyarakat kita tersentak seketika. Jika diimbas kembali sejarah beribu-ribu tahun dahulu, kedudukan wanita sangatlah rendah tak ubah seperti binatang dan diperlakukan hanya sebagai pemuas nafsu seksual lelaki bahkan dianggap sebagai syaitan baik pada Tamadun Yunani, Tamadun Rom, Tamadun Mesir mahupun zaman Arab Jahilliyah.



Namun datangnya Islam seperti suria subuh yang menerangi kegelapan malam. Islam mengangkat darjat wanita dan meletakkannya di tempat yang istimewa pada saat semua pihak memijak-mijak maruah wanita.

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita yang beriman agar mereka melebarkan pakaian mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka mudah dikenali dan kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Quran, 33:59)

Oh,ya! Tatkala pembaca menitip ayat ini,mungkin ada yang terlintas di hati “Arghh, isu aurat lagi lah ni. Boringgg!” Yup, memang sengaja penulis mahu membangkitkan isu aurat luaran dan dalaman tapi lihatlah, rasailah kasih sayang serta rahmat Allah yang tidak terbatas melalui seruan ayat ini. Umum kita ketahui, tarikan wanita terhadap lelaki normal memang tak dapat dipisahkan kerana itulah fitrahnya. Lalu, Allah yang Maha Mengetahui akan keperluan hamba-hambaNya telah menyediakan perintah ini sebagai perisai dalam memelihara kedua-dua pihak. Bahkan, wahyu ini benar-benar mempamerkan sifat Maha Melindungi Allah terhadap kaum hawa kerana kasih dan cintanya Dia terhadap wanita. Bahasa mudahnya, betapa ‘caring’nya Allah sehingga tak mahu para wanita diganggu dan diapa-apakan serta pada masa yang sama menjaga kaum Adam daripada azabnya api neraka. Nah,sekarang apa lagi yang mahu kita dustakan??

Realitinya pada hari ini, segolongan wanita dengan rela mencampakkan kembali diri mereka ke lembah hina setelah darjat mereka pernah diangkat Islam dahulu. Tanpa segan silu mereka menggedik goyang sana sini sambil mendedahkan aset reproduksi mereka kepada kaum Adam yang jelas goyah iman saat menghadapinya. Bahkan ada yang tidak sedar diperalatkan tubuh mereka oleh sesetengah pihak untuk keuntungan dunia. Apabila ditegur, tak kira lelaki atau perempuan mulalah menggunakan alasan ‘open minded’, hak individu, kemodenan seolah-olah merekalah Tuhan dan mencampak ke laut seruan cinta dan kasih Allah seperti tiada harga!! Akhirnya, kitalah yang menzalimi diri sendiri dunia akhirat.

Eh, kaum Adam pun kena berhjabkan?? Kalau diperhatikan, Allah menyebut hijab lelaki dulu sebelum hijab wanita dalam surah An-Nur.

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman bahawa mereka perlu merendahkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai apa yang mereka kerjakan." (Al-Quran, 24:30)

kredit

Apabila seorang lelaki melihat seorang wanita dan fikiran berani dan tidak bermoral melintasi fikiran, maka wajar baginya menundukkan pandangan. Pada masa yang sama, menjaga aurat fizikalnya yang bisa menggugat iman wanita juga. Bukankah indah dunia ini andai kita dapat menjaga iman masing-masing?


Akhir kata, lelaki yang baik itu adalah lelaki yang berhijab serta wanita yang baik itu adalah wanita yang berhijab…zahir dan batin.

                                                                                                   

No comments:

Post a Comment