Friday 24 January 2014

Aishiteru Muhammad Daily Challenge; Day 4: Tahajjud dan Tidur Cara Nabi


25 Januari 2014


Tahajjud dan Tidur Cara Nabi



Sabda Nabi Muhammad SAW, "Seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat sunat di waktu malam." (Riwayat Muslim)


Ramai yang tahu betapa penting sebenarnya solat tahajjud ni. Umat islam sangat-sangat digalakkan untuk bangun dua pertiga malam untuk menunaikan solat ini. Masakan tidak penting, bilamana ia juga telah menjadi kriteria ketiga bagi Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk Konstantinopel, dalam memilih imam untuk pertama kalinya mengimamkan solat Jumaat setelah kota itu ditawan, iaitu setelah ditanya mengenai solat fardhu dan solat rawatib. Masih segarkah kisah penaklukan ini dalam kotak minda kita? Boleh refresh di sini.




Namun, tidak mudah juga untuk kita bangun semasa dua pertiga malam, jika kita tidak mempersiap diri kita. Jadi, di sini disediakan beberapa tips bagi membantu kita untuk mudah bangun tahajjud:

1. Tidur sebentar pada waktu siang, sebaik-baiknya qailulah, iaitu tidur sekejap atau short nap sebelum solat Zohor.

2. Tidur awal. Sebaik-baiknya kita nilai sendiri berapa lama waktu yang kita perlukan untuk mendapatkan rehat yang secukupnya untuk bangun dalam keadaan yang segar untuk bertahajjud. Sebagai contoh, jika kebiasaannya anda tidur 6 jam, maka tidurlah 6 jam sebelum waktu yang anda sudah target untuk bangun tahajjud. Jangan pula tidur jam 12 malam untuk bangun pada jam 3 pagi jika rasa tidur 3 jam itu tidak mencukupi bagi anda! :D

3. Berniat untuk bangun tahajjud. Insha Allah, daya keinginan kita itu, dengan izin Allah juga, akan memudahkan kita untuk bangun tahajjud. Well, daya penolak terkuat untuk melakukan sesuatu sebenarnya berpunca dari dalam diri kita juga, kan?


4. Amalkan adab tidur. Bagaimana? Check balik apa sunnah-sunnah Rasulullah sebelum tidur. Antaranya, tidur dengan menghadap ke arah kanan, berwudhu' sebelum tidur, dan macam-macam lagi. Insha Allah kita akan mudah untuk bangun tahajjud.

Bara' bin Azib berkata "Jika Rasulullah berbaring, beliau akan meletakkan telapak tangan kanan di bawah pipi kanan beliau. Rasulullah akan berdoa, 'Wahai Tuhanku, peliharalah aku daripada azab- Mu pada hari Engkau bangkitkan seluruh hamba- Mu.'" (Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)

5. Selepas bangun, disarankan untuk terus melakukan perkara yang boleh menyegarkan kita, seperti menggosok gigi/bersiwak, minum air, dan sebagainya. Perbuatan-perbuatan ini dapat membantu kita untuk fokus dalam beribadat, bilamana mata dan otak kita tidak lagi dipengaruhi perasaan ingin tidur! :D

Sebenarnya, banyak lagi tips untuk mudah bangun tahajjud. Yang penting, untuk kita experience sendiri, kemudian baru kita dapat nilai sendiri cara yang manakah yang terbaik dan selesa untuk kita gunapakai dalam memudahkan kita untuk beribadat.


Eh, tapi jangan lupa untuk berwudhu' dulu sebelum tidur! Itu pun antara sunnah Nabi Muhammad SAW untuk umatnya.

Dari Abdullah bin Umar r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.'" (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)

Semoga bermanfaat, insha Allah.


May Allah ease. May Allah bless.
Let's jom, let's jom!



Sumber: http://ustazlove.com/blog/2012/01/tips-bangun-tahajjud/#axzz2rKzSIlJN

No comments:

Post a Comment