Agak-agak, pernah tak kita minta dengan seseorang
sesuatu dengan bersungguh-sungguh, tapi akhirnya kita tak terima pun 'benda' tu
bila orang tu bagi pada kita?
Contohnya, masa kita kecil-kecil dulu, menangis-nangis
minta ibu bapa kita belikan patung Otromen, Sailormoon, Doraemon, Power Rangers
ataupun yang seumpama dengannya untuk kita. Tapi, bila kita dah dapat
benda-benda tu semua, apa yang kita buat dengan benda-benda tu? Adakah kita
terima dan simpan dengan baik ataupun kita ambil dan membuangnya entah ke mana?
Contoh lain, kita minta mak kita kuih raya masa hari
raya ataupun ada kenduri di rumah. Tapi, kemudiannya kita tak makan pun kuih
tu, malah kita buangnya merata-rata. Pernah tak?
Ataupun, pernah tak orang beriya-riya
nak pinjam barang kita, merayu penuh kesungguhan dan tawaduk, tapi akhirnya
barang kita itu dilempar ke tepi je bila kita dah bagi pada mereka. Pernah?
Inilah contoh situasi ataupun analogi yang
saya nak bincangkan hari ini. Kita mungkin pernah melakukan
perkara sedemikian dalam keadaan tidak sedar dan mungkin dalam konteks yang
berlainan. Bukanlah meminta patung Otromen sebagainya, bukanlah meminta kuih raya
dan bukan juga hendak meminjam barang kawan kita.
Okay, cuba kita lihat semula situasi-situasi tadi.
Patut ke tadi kita buang je patung Otromen yang mak ayah kita dah belikan untuk
kita sebab kita menangis 6 hari 6 malam tak nak berhenti? Patut ke? Tak patut.
Memang tak patut.
Patut ke buang kuih tu even sepotong je pun? Yang
ni pun tak patut. Memang tak patut. Membazir bai… Saudara kita kat Syria tu tak
cukup makan tahu!
Sekali lagi, patut ke orang yang pinjam
barang kita tu lempar kat tepi je bila kita dah bagi? Ini
lagi lah tak patut. Barang kita kot!
Saya kira, hampir semua daripada anda akan
bersetuju dengan saya, (siapa tak setuju kena setuju jugak.
*gelak keji). Perlakuan mereka semua memang tidak patut. Mereka
semua perlu dibom! Eh! Err...bertenang-bertenang.
Baiklah,
dalam ketidaksetujuan kita dengan mereka, tanpa
kita sedar, mungkin kita pun pernah menjadi sebahagian daripada
mereka, ataupun sedang menjadi sebahagian daripada mereka.
Cuba bayangkan, kita berada di tempat ibu bapa kita
tadi, di tempat mak kita tadi, di tempat kawan kita tadi. Agak-agak, apa reaksi
kita jika kita diperlakukan sedemikian rupa? Rasa-rasanya, kalau lautan tak
terbelah dua pun, sekurang-kurangnya akan timbul satu jerawat kecil dimuka
menahan kemarahan. eh.
Begitulah, sifat kita. Manusia.
Tetapi, sedar atau tidak, Allah
tidak pernah marah kepada kita jika kita berbuat
sebegitu kepada-Nya. Dia tetap terus memberi, memberi dan memberi. Namun, apa
yang kita balas? *sweat gland activated
Sering kali saya dengar, orang mengeluh
kerana keadaan semasanya. Kita perlu ingat bahawa, situasi baik atau buruk yang
sedang kita alami sekarang berpunca daripada keputusan yang kita ambil pada
masa lalu.
Sebagai contoh. Kita terlalu banyak kerja yang perlu
kita lakukan sehingga membuatkan kita kurang tidur, tak cukup
makan, tak cukup rehat, stress, dan ditambah pula dengan
ulah rakan sekelas atau serumah yang tidak membantu langsung.
Lalu, kita mengeluh dengan keadaan itu. Setelah puas berdoa siang dan malam,
pagi dan petang, kita berasakan bahawa pertolongan Allah itu tidak
sampai-sampai.
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."(Al-Baqarah, 2:214)
Sesungguhnya, pertolongan Allah itu sangat dekat. Tidak
percayakah kita pada janji-Nya?
Cuba kita renungkan kembali mengapa kita masih berada
di tempat yang sama. Mungkin, sebelum ini kita pernah tidak percaya akan
janji-Nya.
Bagaimana?
Mungkin sebelum ini kita pernah bermunajat
kepada-Nya, meminta petunjuk yang terbaik daripada-Nya. Namun,
setelah Dia berikan panduan, kita tidak ikut pun. Lalu, apabila kita mengalami
masalah di hari muka, kita hendak menyalahkan-Nya kerana tidak membantu kita,
wajarkah?
Kita tertekan di tempat kerja kita sekarang, mungkin
kerana kita tidak ikut panduan yang diberikan oleh-Nya suatu ketika dahulu.
Kata-Nya, kita tidak sesuai mengambil jurusan itu, kita sanggah kata kita
sesuai. Semuanya sebab keinginan semata. Dengan harapan, masa akan datang,
gaji kita lumayan, hidup senang. Tetapi, lihatlah hasilnya, panas tidak sampai
ke petang pun, hujan dah tujun dengan lebat.
Situasi inilah yang saya analogikan dengan kita minta
patung Otromen dan kuih raya semua tu tadi.
Kita dah minta, kemudian bila diberi, kita buang.
Apabila kaki kita terluka terpijak patung Otromen yang kita sepahkan tadi, kita
salahkan ibu bapa kita yang belikan kita. Apabila rumah kita bersemut kerana
kuih sepotong yang kita buang tadi, kita salahkan mak kita memberinya pada
kita.
Wajarkah?
Sahabat-sahabat, percayalah dengan-Nya. Tidak mungkin
Dia mahu menganiaya hamba-hamba-Nya. Kita ni yang sebenarnya menganiaya diri
kita sendiri.
Apabila sudah beristikharah, yakinlah dengan petunjuk
yang diberikan-Nya. Sesungguhnya, itulah yang terbaik untuk kita.
".....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah, 2:216)
Allah mengetahui, sedang
kamu tidak mengetahui. Trust HIM!
Oleh:
Pelajar Tahun 2 Perubatan,
Melaka-Manipal Medical College.
No comments:
Post a Comment