Oleh: Imtinan
[credit] |
“Qul huwallahu ahad.”
“Maksudnya,
Katakanlah bahawa Allah itu Tuhan yang Esa.”
Lunak
suara kanak-kanak lelaki itu mengalunkan ayat-ayat Tuhannya yang Satu.
Pandangan matanya menatap mushaf yang kelihatan usang. Kemudian bacaan
disambung oleh teman yang duduk di sebelahnya.
Murid-murid
lain turut memandang mushaf milik mereka. Cuba memahami dengan akal dan jiwa
suci yang sesuai dengan fitrah manusia.
Tidak
ketinggalan ada juga segelintir daripada mereka yang melilau matanya memandang
kiri dan kanan. Angin sepoi-sepoi bahasa lembut meniup jasad setiap manusia yang
ada dalam ruang kelas yang kecil itu.
* * *
Dia
menguatkan lagi volume radio di biliknya. Lentingan suara di luar kamar
semakin tinggi. Lelaki itu tidak mahu tahu apa-apa yang terjadi di luar sana.
Dia tidak peduli tentang semua kerana dia tidak mahu tahu. Dia cuma mahu
sendiri. Tanpa sesiapa pun.
“Kalau
rasa bosan terperap saja di rumah , jomlah join kami pergi keluar lepak
malam-malam.”Terbayang wajah Budin saat itu.
“Daripada
kau duduk sedih pasal masalah lebih baik kau layan cerita-cerita yang best.
Aku ada banyak cerita sekarang ni. Engkau cakap saja nanti bila-bila masa aku
boleh saja bagi pinjam pada kau.”
Suara
kawan-kawannya tergiang-ngiang dalam fikiran yang berlari jauh dari realiti.
“Bosan!”
Jerit lelaki itu sekuat-kuat dalam hatinya sambil menghempas tubuh ke tilam
empuk yang terletak di tengah biliknya.
“Bump!”
Kedengaran
keras bunyi pintu di luar sana. Suasana di ruang tamu tadi yang kedengaran
tegang kian hilang. Sunyi dan hening memenuhi ruang rumah yang kosong itu
sekosong hati penghuninya.
* * *
“Siapa
yang melupakan sejarah pasti mengulanginya.”
Cuma
ungkapan itu yang menerobos masuk gegendang telinganya. Kata –kata guru
sejarahnya selepas itu bagaikan angin lalu yang tidak memberi kesan pada
mindanya.
“Kalau
siapa yang melupakan sejarah pasti mengulanginya.”
“Bagaimana
pula kalau orang melupakan tuhannya?”
Shakir
memandang lelaki itu. Aneh sekali bunyi soalan itu.
“Aku
tanya engkaulah soalan ni.”
Shakir
memandang seketika sebelum mengalihkan pandangan ke tempat lain. Dia malas
menjawab soalan lelaki itu.
Ilham
Irsyad. Lelaki itu memang suka bertanya soalan-soalan yang dia tidak gemari.
Meskipun mereka bersekolah dari zaman kanak-kanak hingga ke alam remaja kala
ini namun mereka memang tidak pernah rapat. Shakir berfikir sejenak.
Silap.
Mereka pernah rapat. Suatu ketika dahulu sewaktu di tadika. Tetapi masa
berputar membawa haluan dan cerita tersendiri. Kini, Ilham Irsyad cuma
bayang-bayang yang mengganggu dirinya apatah lagi dengan soalan-soalan yang
dilontarkan kadang-kala membuat darahnya berapi-api.
“Kalau
engkau rasa bosan apa yang kau buat Syakir?” Ringkas soalan Ilham kala itu.
“Woi,
kau janganlah kacau best friend aku.” Satu tepukan hinggap di bahu Ilham
Irsyad belum sempat soalannya dijawab.
Lelaki
yang bertubuh sederhana besar itu segera mengambil tempat di sebelah Syakir.
“Daripada
kau layan mamat Ilham ni lebih baik kau ikut aku. Ha…malam ni aku nak kau ikut
sekali aku dengan Geng Kucai kumpul depan jambatan lama.”
“Aku
tak nak dengar jawapan kecuali ya daripada kau. Haha… apa-apa nanti aku contact.”
Azril bangun lantas menepuk-nepuk bahu Shakir tanpa menunggu sebarang jawapan sebelum
beredar pergi ke kelasnya yang terletak bertentangan dengan kelas Shakir.
Ilham
Irsyad cuma memandang mereka berdua tapi Shakir dapat merasakan wajah itu
kelihatan tegang.
* * *
“Allahu
Akbar!”
“Syahadah,
abang gerak ke surau dulu ya. Azan maghrib dah masuk. Nanti pastikan adik-adik
solat maghrib tau.”
Gadis
berusia belasan tahun itu mengangguk tanda memahami.
Motor
yang ditunggangnya berhenti betul-betul di belakang kawasan jambatan lama itu.
Pandangannya jatuh pada sekumpulan anak-anak muda yang masih melepak di kawasan
itu meski seruan Ilahi sudah berkumandang dari tadi.
Matanya
tertancap pada seorang pemuda yang sederhana tinggi yang juga duduk bersama
kumpulan itu. Perlahan-lahan dia menarik nafas dan melepaskannya seakan-akan
melepaskan luahan yang cukup dalam.
Tanpa
menunggu lama , Ilham Irsyad meneruskan perjalanannya mencari ketenangan hakiki
dari Ilahi. Surau yang terletak bersebelahan padang itu kelihatan agak lengang
meski penduduk kawasan sekitar surau itu agak ramai.
Cahaya
matahari mula kelihatan samar-samar dan langit mula diselimuti kegelapan malam.
* *
*
“Shakir
, aku nak kau cuba benda ni. Mesti hilang semua tekanan kau.” Budin berkata
sambil menunjukkan sebatang rokok.
“Din,
aku mana ada masalah. Apa yang kau nak risaukan sangat.” Shakir menolak secara
langsung.
“Eh,
kau kawan baik aku. Mesti aku tahu kau ada masalah sekarang.”
“Aku
tak naklah Din. Lagipun, aku keluar lepak pun sebab aku bosan duduk rumah.”
“Woi
Shakir, Din bukannya nak engkau ambil dadah pun. Cuma rokok sebatang pun susah.
Tak macho betullah kau ni.”
Jihan
bersuara sambil tangannya pula menghulurkan sebatang rokok berjenama Dunhill.
“Tak
apa. Shakir tak biasa lagi. Macam nilah. Aku bagi kau satu kotak rokok percuma
dengan lighter sekali. Kalau kau rasa bosan atau stress kau cuba at
least satu batang rokok. Mesti lepas kau rasa baru kau tahu betapa
nikmatnya kalau dapat rokok.”
Budin
segera meletakkan kotak rokok bersama lighter dalam kocek baju pemuda
itu sambil menghadiahkan segaris senyuman yang sukar ditebak maknanya.
Kawan-kawan
lain memandang sambil ketawa besar.
“Mana
adil Budin bagi kau free-free saja. Aku pun nak juga.”
“Relakslah
Jihan. Saudara kita ni mana pernah dapat rokok. Biarlah.” Budin bersuara sambil
tersenyum sumbing.
“Eh,
Shakir. Kalau kau nak balik temankan aku sekejap. Aku nak ke rumah kawan aku
tapi jauh sikit dari sini.”
“Budin
dengan Jihan kan ada. Kenapa aku pula yang kena temankan kau?”
“Budin
dengan Jihan nak turun pekan nanti. Alah… jomlah bukannya lama pun.”
“Emm…okeylah
tapi kalau engkau lama sangat aku balik dulu.”
“Ha..macam
ni baru kawan namanya.” Shahrul menunjukkan ibu jari pada temannya itu.
* *
*
Shakir
cuma menunggu di luar rumah. Malas mahu berlama-lama di rumah orang. Tidak
lama, Shahrul keluar membawa satu beg kecil.
“Nah,dalam
ni ada macam-macam cerita best. Minggu lepas aku dah cakap yang kau
boleh pinjam cerita-cerita best dari aku.”
“Aku
tak minta pun dari kau. Nanti kalau aku nak aku cakaplah yang aku nak pinjam.
Tapi sekarang ni aku tak ada mood nak tengok cerita-cerita engkau .
Faham tak?” Shakir mula mengeraskan suara.
“Cool
brother. Muka dah macam ayam berak kapur aku tengok. Aku tak suruh tengok
cerita ni sekarang. Nanti bila-bila kau free bolehlah kau tengok cerita. Kalau
dah bosan tengok baru pulang pada aku. Nanti aku bagi cerita yang baru.”
* * *
Lelaki
itu segera membawa diri ke bilik. Lesu benar tubuhnya saat itu. Dia
menghempaskan tubuhnya di atas katil sambil matanya memandang kipas yang
berpusing-pusing di siling. Fikirannya menerawang entah ke mana-mana.
Seketika
tangannya mencapai kotak rokok dalam poket bajunya. Rokok. Lighter.
Kosong. Tetap kosong.
Dia
tetap merasakan perasaan itu. Tidak pernah hilang. Lantas tangannya mencampak
kuat rokok-rokok itu ke dinding biliknya. Beg kecil di sampingnya segera
dicapai. Perlahan-lahan tangan lelaki itu mencapai CD-CD yang tersembunyi.
“Apa
ni?!” Dia segera bangkit dari katil dan memejam mata beberapa kali melihat CD –
CD tersebut.
“CD
pornografi. Aku tak sebodoh dan senaif
untuk dipermainkan dengan benda-benda macam ni.”
Shakir
geram lantas membawa beg kecil serta CD dan rokok yang diterimanya keluar
rumah. Dia membuang semua barang-barang itu lantas dibakarnya di kawasan
pembakaran belakang rumahnya.
Matanya
memandang bara-bara api yang mula marak. Hatinya sebak. Dia memejam mata
rapat-rapat.
* * *
Gadis
itu menutup mata adiknya dengan kedua tapak tangan.
“Shakir,
jangan tengok cerita macam tu. Tak elok.”
Gadis
itu tersenyum mendengar soalan adik kecilnya.
“Okey.
Akak bagi satu contoh. Kalau adik pergi tadika boleh tak adik pergi pakai tuala
saja?”
“Isy
,akak ni mestilah tak boleh. Cikgu cakap kena pakai baju sekolah setiap hari .
Mana boleh adik nak pergi pakai tuala saja.” Berkerut wajah anak kecil itu.
“Ha…macam
tu juga dengan Allah. Bumi ni Allah yang punya. Ada peraturannya sama juga di
tadika ada peraturan yang perlu adik ikut. Kalau tak ikut mesti cikgu adik
marahkan? “
Kanak-kanak
lelaki itu mengangguk.
“Kita
semua hamba Allah. Jadi kena ikut peraturan Dia kalau tak nanti Allah murka
pada kita.”
“Oh,
jadi kalau adik tak tengok cerita macam tu , Allah tak akan marah pada adik?”
“Betul
. Malah Dia akan bertambah sayang pada adik.”
“Seronoknya!”
Shakir menjerit kesukaan.
* * *
Lelaki
itu membuka mata.
“Akak
kata Allah akan sayang pada adik tapi kenapa Dia ambil akak dan biar adik
seorang.”
Lelaki
itu merenung bara-bara api yang mulai padam dengan pandangan berbalam-balam.
Dan malam semakin pekat .
* * *
[credit] |
“Allahu
Akbar!”
Azan
subuh berkumandang memenuhi hampir setiap ruang.
Lelaki
itu bangkit menuju ke kamar mandi. Dia membuka paip air. Lama dia termangu
sebelum dia berniat untuk berwudu’. Untuk pertama kali dia melakukannya setelah
sekian lama dia meninggalkan amalan itu.
Perlahan-lahan
air mata yang mengalir bertambah lebat. Makin kuat esakannya seakan
melawan-lawan curahan air dari paip itu.
Subuh
berjemaah di surau memang tidak ramai. Lelaki itu cuma memandang sepi lorong
surau dari kejauhan. Dia buntu harus bermula dari mana. Mengangkat takbir juga
sudah beberapa tahun dia tinggalkan. Dia tidak ingat dari mana harus dia
mulakan langkah mendekati Tuhannya.
Dia
masih memperhatikan jemaah yang mula bersalam-salaman dan bersurai keluar dari
surau. Lelaki itu segera berundur beberapa langkah. Takut ada yang menyedari.
Merasa
putus asa terhadap diri sendiri membuat dia berpaling ingin pulang semula ke
rumah. Beberapa langkah dia meninggalkan kawasan itu…
“Eh,
kau belum jawab soalan aku lagi?” Satu
suara muncul entah dari mana.
Langkah
Shakir terhenti seketika.
“Siapa
yang melupakan sejarah pasti mengulanginya tapi kalau siapa yang melupai
tuhannya? Apa pula yang terjadi?” Ilham Irsyad yang muncul di belakang segera
berjalan menghampirinya.
Lelaki
ini memang pelik. Subuh-subuh lagi tanya soalan yang dia pun sendiri bingung.
“Mana
aku tahu. Engkaukan baik dan alim. Engkau sajalah yang jawab soalan tu. Aku
malas nak jawab.” Shakir menjawab sambil matanya tepat memandang wajah pemuda
itu.
Ilham
Irsyad tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi. Untuk pertama kali
Shakir senang melihat wajah itu.
“Kalau
siapa yang melupai tuhannya dia akan mengulangi dosa-dosa yang sama sehingga
pada satu masa dia sendiri kelelahan dalam dosanya sendiri.”Ilham Irsyad
mengungkap kata-kata itu.
“Sesiapa
yang diberikan kebaikan nescaya kebaikan itu dari Allah dan barangsiapa yang
ditimpa keburukan itu adalah sebab dari dosanya sendiri.” Lelaki itu menambah
lagi.
Shakir
senyap mendengar. Sentap jiwanya mendengar ungkapan itu.
“Jomlah
ikut aku sembahyang Subuh sekali.” Ilham Irsyad mengajak dengan hati yang
lapang.
“Kau
belum sembahyang lagi ke?” Shakir bertanya kehairanan.
“Aku
tunggu engkau masuk dalam surau tapi engkau asyik berdiri di sini dari tadi tak
bergerak. Bukannya nak masuk. Aku yang tunggu ni terpaksa tahan sakit kaki
sebab semut api asyik menggigit dari tadi.”
Shakir
mengetap bibir menahan gelak melihat reaksi Ilham Irsyad.
“Dahlah,
nanti terlepas subuh pula kita berdua ni.” Ilham Irsyad segera melangkah.
Namun
langkahnya terhenti pabila melihat Shakir membatu seperti tadi.
“Aku
tak tahu nak mula dari mana?”
“Semuanya
aku dah tak ingat. Cuma pergerakan solat yang aku hafal.”
Shakir
tunduk. Seakan-akan menyembunyikan resah yang tersimpan.
“Engkau
dah ada wudu’?” Ringkas soalan Ilham Irsyad.
Shakir
mengangguk perlahan.
“Tak
mengapa kita mula dari awal. Seperti di tadika dulu. Aku akan ajar kau asas
solat,okey?”
“Ilham,terima
kasih.”
“Dah,
aku macam rasa melankolik pula tiba-tiba. Jom!” Ilham Irsyad mengajak sambil
tersenyum senang.
Kali
ini mereka melangkah bersama-sama seperti gandingan mereka di tadika sewaktu
mereka masih kecil.
* * *
“Sewaktu
kemalangan yang meragut nyawa kakak , satu family tengah tunggu kakak
pulang dari airport memandangkan kakak dapat pulang ke Malaysia selepas
peperiksaan akhir tahunnya.”
“Itu
pertama kali aku melangkah masuk ICU dengan harapan yang kakak mampu bertahan
untuk terus hidup walau hakikatnya aku sendiri tak mampu untuk melangkah masuk
menapak dalam wad tu. Dan harapan aku punah. Akak tak mampu bertahan walau
sedetik pun . Yang ada depan aku cuma jasad yang kaku. “
“
Sejak hari tu, keluarga jadi sunyi dan dingin. Aku tinggal seorang memandangkan
kami dua beradik saja. Ujian bagaikan datang bertimpa bila ayah kena tipu dalam
perniagaan. Mak dengan ayah pun mula renggang.Hari-hari bertengkar. Aku
bagaikan tak wujud lagi depan mereka. Aku ada ke atau tak ada ke mereka tetap
buat hal sendiri. Kedinginan yang mencengkam sangat-sangat.”
“Aku
tak tahu nak describe keadaan aku waktu tu. Aku cuma rasa kekosongan
yang amat luas bagaikan tiada hujung.”
Ilham
Irsyad mendengar sambil matanya memandang langit. Sungguh hatinya sebak
mendengar bicara temannya.
“Shakir,
aku harap kau pegang semula mushaf yang dah lama kau tinggalkan. Kau masih
ingat bacaan Surah Al-Ikhlas waktu di tadika kita dulu?”
“Surah
itulah yang aku tak lupa sampai sekarang mungkin sebab aku sangat menyukai
surah tu. Dulu seronok sebab dapat hafal sekali dengan makna cuma sekarang dah
tak ingat maknanya lagi.” Lemah suara Shakir kala itu.
“Aku
gembira sangat sebab hari ni aku dapat semula kawan aku selepas bertahun-tahun
aku kehilangan dia. Lepas ni, bolehlah kita tadabbur ayat dalam Quran
sama-sama.”
“Semangat
engkau masih sama Ilham. Dari kecil sampai sekarang tak berubah langsung.”
Shakir tergelak seketika.
“Tak,
sebenarnya engkau yang ajar aku untuk semangat sebab waktu kecil aku cemburu
dengan kau . Apa tidaknya sebab kau selalu dapat baca hafalan surah dengan baik
sekali disertai makna. Dari situ aku belajar cintakan Quran bila engkau ajari
aku untuk memahami Quran bukannya setakat menghafal.”
“Tapi
itu dulu Ilham. Sekarang aku jahil. Ilmu Quran aku entah ke mana-mana.”
“Kita
cuba semula sama-sama. Masih ada kesempatan dalam kesempitan.” Ilham Irsyad
menghulurkan tangan.
Lantas
tangan itu disambut erat dengan genggaman yang kuat penuh ukhuwwah.
* * *
“Kakak,
surah apa yang akak tengah baca tu?”
“Surah
Al-Ikhlas. Akak suka sangat surah ni. Mendalam sangat maknanya.”
“Oh…kalau
di tadika cikgu ajar adik Surah Fatihah tapi tak pernah pula dengar Surah
Al-Ikhlas. Siap dengan makna lagi ya?.”
“Shakir
pergi ambil mushaf Shakir dalam bilik nanti lepas solat asar akak ajar Surah
Al-Ikhlas dengan maknanya sekali,ok?”
“Alah…adik
nak pergi main bola sepak dengan kawan-kawan lepas asar ni.”
“Tak
apa. Kalau macam tu selepas maghrib kita sama-sama baca Quran dengan belajar
surah Al-Ikhlas.”
“Haa…ni
yang buat adik sayang sangat pada kakak.”
* * *
[credit] |
Syakir
merenung surah Al-Ikhlas. Tiada lagi kakak di sisinya. Yang ada cuma mushaf
yang menemani di sisi.
Perlahan-lahan
dia mengucup mushaf sebelum meletakkannya di atas meja . Mak dan ayah pergi
keluar kenduri bersama-sama di hujung kampung selepas solat isya’.
Alhamdulillah kelihatannya permulaan baru yang lebih baik untuk mereka berdua.
Harapannya moga mereka juga menemui ketenangan yang dinikmatinya saat ini.
Matanya
memandang langit. Kelihatan bertaburan bintang-bintang. Rumahnya sunyi dan sepi
namun tidak lagi hatinya. Hatinya kini penuh dengan bicara. Bicara padaNya
melalui kalam yang penuh dengan mukjizat.
No comments:
Post a Comment