Tuesday 11 February 2014

Kongsikan Karya Anda Di Sini!


Assalamualaikum wbt

Anda minat menulis cerpen? Artikel ilmiah? Puisi? Melukis komik? Seni grafik? Jurnal pengalaman dalam pengembaraan? Fotografi, mahupun photo editing? Idea mencurah-curah namun anda buntu di mana ingin kongsikan manfaatnya?

Apa kata jika anda kongsikan karya anda bersama sahabat-sahabat yang lain? Pasti menarik! Insha Allah karya anda akan disiarkan di blog rasmi IYA Manipal ini, dan akan dikongsikan menerusi pautan yang akan dipost di page IYA Manipal di Facebook.
Marilah berkongsi bakat yang kita ada, insha Allah dapat kita manfaatkan bersama-sama.

Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah Sallallahualaihiwassalam bersabda,"Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”
(HR. Thabrani dan Daruquthni)

Jangan lupa untuk sertakan nama anda (nama sebenar atau nama pena) dalam karya yang anda hantar kepada pihak IYA Manipal. Jika nak sertakan dari batch yang mana juga dialu-alukan :D

Berkenaan penulisan artikel/cerpen
  • Jika anda ingin menyertakan sekali illustrasi kegemaran anda untuk disesuaikan dengan karya penulisan anda, anda sangat dialu-alukan!
  • Anda perlu menghantar hasil penulisan dalam bentuk original, contohnya copy paste ke dalam email secara terus, atau pun attach file Word ke dalam email tersebut.


Emailkan karya anda ke iyamanipal@gmail.com
Semua karya haruslah asli dan tidak ditiru dari mana-mana.

Sebarang file yang dihantar dalam bentuk PDF tidak akan diterima sama sekali (penulisan, komik, fotografi dan sebagainya)


Terbuka kepada semua pelajar di kampus Manipal mahupun Melaka. Selamat mencuba! 

No comments:

Post a Comment