Thursday 19 December 2013

Muqaddimah Blog IYA Manipal



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (As-Saff 61:11)

Alhamdulillah, Allah mengizinkan untuk kita masih hidup di bumi Allah dan terima kasih kepada semua sahabat yang memberi sokongan dan percaya untuk saya memimpin delegasi kepimpinan IYA yang baru. Sesungguhnya menjadi pemimpin bukannya main-main, kerana semuanya akan disoal dan di akhirat cukup hamper dengan kehinaan andai tidak melaksanakan sebaiknya. Bantulah kami mempergiatkan medan tarbiah di sini.

Duhai insan, sesungguhnya pada setiap manusia ada seketul daging. Jika baik ia maka baiklah keseluruhannya. Itu ialah hati makanan hati bagi seorang mukmin adalah ilmu agama dan nasihat agama. Andai dilupai biarpun seketika maka layulah ia malah mampu menjadi keras dan sukar untuk dibetulkan kembali. Di situlah kita, Ummatan Wahidan, khalifah Allah memegang suatu amanah Allah memartabatkan agamaNya setinggi yang boleh, mengamalkan sebaiknya dan memahami akan keindahanNya di sekelilingnya. Moga usaha ini menjadi saham yang besar di akhirat kelak.

Akhir kalam, marilah kita menghayati kata-kata Hassan Al- Basri,

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menympaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”

Wallahu’alam.


Bersama mencetus perubahan.


Affan Aufa bin Zainuddin
Presiden IYA Manipal 2013/2014
19 Disember 2013

No comments:

Post a Comment